- Welcome To My Blog -

. hope your enjoy with my blog .

Monday, November 29, 2010

WAHAI WANITA TIDAK BERTUDUNG,BERTUDUNG,BERTUDUNG LABUH,BERTAQWA & SOLEHAH


Wahai wanita tidak Bertudung...

Wahai wanita tidak bertudung,Sungguh cantik alunan rambut mu,Bebas menggerbang kemas terikat,Terserlah di bawah cahaya mentari,Mentari dunia yang tak sehebat NERAKA,Iaitu api yang kan membakar rambut mu, di hari akhirat hari penentu,maka hanguslah segalanya, hilanglah cantik alun rambut mu, tiada lagi yang menggerbang,tiada lagi yang terserlah.Oleh itu jadikanlah diri mu, Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.

Wahai wanita yang bertudung,

Sungguh cantik alas kepala mu,Ringkas pendek tersempang rapi,Tersembul jambul tertutup dahi,Terserlah lah bentuk tubuh,Mengapa tidak dilindungi?Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?Tidakkah kau ingat, Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar, Mereka itu wanita yang tak bertudung,Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,Oleh itu jadikanlah dirimu, Sebahagian daripada mereka yang bertudung, Bertudung labuh hingga ke paras dada.

Wahai wanita bertudung labuh,

Sungguh cantik terlindung rambut mu,Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,Mengaburi segala yang tersirat di hati,hanya diri sendiri yang menghakimi,mungkin suci ikhlas kerana Ilahi,atau berdebu dengan sebab duniawi,riak wajah nampak tawadhu’,riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,alangkah ruginya andai benar begitu,kerna azab masih tak terlepas dari mu,serupalah sahaja diri mu ditunggu,diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,sama dengan mereka yang menyempang tudung,oleh itu jadikanlah dirimu, sebahagian daripada mereka yang bertudung, bertudung labuh hingga ke paras dada,tersemat jua bersamanya rasa taqwa..

Wahai wanita yang bertaqwa,

Andai kau telah sampai ke tahap ini,Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,Syariat islam sebati dalam diri,Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,Yang dijanjikan di akhirat nanti, Dan tatkala di dunia ini lagi,Muslimah solehah kau digelari,Menjadi idaman setiap muslim soleh, Yang sukar sekali untuk diperoleh.

Wahai muslimah solehah pula

Jadilah mukminah mujahidah,Mujahidah yang akan menyeru,Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,Mujahidah yang akan berdakwah,Agar diri dan umat berubah,Mujahidah yang akan mengajak, Agar islam kembali tertegak.

Renungkanlah..kita tergolong dlm golongan yg mana..wahai muslimah2 yg kusayangi..marilah kita bermuhasabah..

Friday, November 26, 2010

K.a.w.a.n




semua org yang masih berpijak di tanah yang sama , yg masih berbumbungkan langit yang sama........
Bacalah kalau kita ini kawan.

Kata mak,
Kawan itu ibarat lebah,
Habis madu sepah dibuang

Kata abah,
Kawan itu umpama bunga ros,
Dipandang cantik dipegang sakit.

Kata atuk,
Kawan itu seperti air
Terus mengalir.

Kata nenek,
Kawan itu bak bulan
Dipuja dan disanjung tapi jauh disana.

Kata saudara,
Kawan itu macam makanan
Kawan makan kawan!

Kata abang,
Kawan itu seperti lembu,
Mengikut sahaja apa dikata.

Kata kakak,
Kawan itu tak ubah macam durian
Bau saja busuk tapi sedap dimakan.

Kata adik,
Kawan itu macam biskut
Sekejap ada sekejap tak ada

Kata aku
Kawan itu tak kisahla macam mana
Walaupun dia ibarat lebah,umpama bunga ros
Seperti air,bak bulan, seperti lembu
Tak ubah macam durian dan macam biskut.....
Dia tetap kawan....
Tau tak sebab apa?
Sekali aku kawan dengan dia
Selamanya dia tetap kawan aku........

Universal Studio Singapore terbaek =)

21 november aritu aku dgn budak budak desa yang laen pegi lawatan dekat Universal Studio Singapore..perghh..kat sane memang mantap abes wok..syiokk gilaa...tempat paling best mase dekat the mummy revenge...huhu...sampai ilang suare dibuatnye...berhari nak tunggu pulih.
tempat kedua best dekat tempat rapid...
smpai 2 kali naik kat sane.first time pakai baju hujan...second time...tanggal dah bju hujan..sbb mmg saje nk berbasah-basah..aha..
1 hari kiteorang dekat sane x makan sbb takut x sempat nak abeskan 1 universal studio tu pnye tempat..dekat sane kiteorang rase mcm pergi ngn kwn je..sbb kat sane kiteorang bebas nak pegi mane2 sendiri...x de cikgu yang kawal..hee..so enjoy abes..dah lah kawan2 aku smue kecoh2..meriah..haha...bayar RM2oo untuk pegi sane memang berbaloi...sbb kepuasan yg kite dapat mmg tahap maksimum..so jangan kedekut2 oke..nnt x dpt kepuasan..rugi..kite hidup hanye sekali..bile lagi nak enjoy puas2 kan..hee oke kat bwh ni ade galeri gmbr - gmbr mase aku & member-member kat universal studio singapore :
http://www.facebook.com/photo.php?pid=1370925&id=1663361138 & http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1599448880466&set=a.1599448480456.80092.1663361138

rindu sangat-sangat =(

17 september 2010..tarikh ni tarikh yg menyedihkan buat aku...dan aku akan ingat tarikh ni smpai bile-bile..
why??sebab ckg kesayangan aku or "akk ipar" aku SHELLY SHELINA BINTI SALIM telah tinggalkan aku buat selama-lamanye..pagi 17 november bru aku tahu die ade dekat ICU....tapi x tahu hospital mane.Baru terlintas di fikiranku ingin menziarah allahyarhamah..tp x sempat...pade jam 2 ptg...aku trime panggilan..mengatakan ckg aku telah kembali ke rahmatullah...yeah...sememang nye aku sedih..aku tergamam...mate aku berkace-kace dgn air mate...ya ALLAH betape beratnye hakikat yg aku harus harungi...pipi ku tidak henti-henti trus di basahi oleh air mate aku...
arwah seorang yg baek..seorang yg ceria..seorang yg syg akan ank muridnye...kini sudah berape bln berlalu..
aku masih rindukannye..sygg aku trhdp allahyarhamah x kan boleh berubah..x kan boleh berkurangan...
aku rindu dgn senyuman yg terukir di wajahnye...
aku rindu hendak mendengar beliau memanggil namaku..
aku rindu hendak mendengar beliau memanggil aku dgn gelaran adik ipar...
aku rindu hendak mendengar suare yg meminta tlg aku utk membuat sesuatu...
aku rindu segale-galenye yg berkaitan dgn beliau..
andai dpt kuundurkan waktu...aku nak peluk beliau erat2...aku nak kucup tgnnye...aku nak tatap wajahnye puas-puas..
ya ALLAH...kau kuat kan lah iman aku ya ALLAH utk menempuh ujian mu ini..
ya ALLAH..kau ampuni lah dose-dose beliau..
ya ALLAH..tempat kan lah beliau di kalangan orang yg beriman
kurangkan lah azab siksaan beliau ya ALLAH..

~al-fatihah~

amin ya rabal alamin



Saturday, August 21, 2010

ANAK DERHAKA!

Sekarang ni....semue org nk kejar satu gelaran.....x tahu lah ape yg best sgt dgn gelaran ni,tapi smue org berpusu-pusu nk ambek gelaran tersebut.gelaran yg dikejar oleh semue org tu ialah
"ANAK DERHAKA!"
x tahu ke org2 tersebut bahawa betapa malangnye seseorang itu jika mendapat gelaran ni?betape peritnye seksaan yg dikenakan bg pemakai gelaran tersebut?
tidak kira di dunia ni mahupun di akhirat kelak...seksaan akan sentiase menanti bagi org yg sentiase mengejar gelaran ini.So,ape yg korang kejar kan sgt gelaran ni?best sgt ke?best sbb dpt buat org yg mengandungkan kte selame 9 bulan saket hati eh?
best sbb dpt buat org yg bnyk berkorban utk kte terluka hati die eh?
best sbb dpt buat org yg sntiase berkorban utk kte menanges teresak-esak eh?
best sbb dpt buat org yg menjaga kte dari kite lahir smpai kte besar rase menyesal sbb lahirkan kte ni eh?
Tahu kah kamu wahai insan2 malang yg memegang gelaran "ANAK DERHAKA" betapa susahnya ibu kamu melahirkan kamu...para ibu menaruhkan nyawa sendiri utk melahirkan kamu..jika doktor menanya kepada mereka, "maaf puan,keadaan puan agak kritikal... sekarang ini hanya ada 2 pilihan sahaja....selamatkan puan atau anak puan....puan mahu selamatkan yg mana?"sudah tentu si ibu akan berkata kepada doktor.."selamatkanlah anak saya doktor.."
ALLAHU AKBAR!betapa besarnya pengorbanan seorang ibu,betapa mulianya hati seorang ibu...tapi bila anak yg dilahirkan itu sudah besar,apa yg dilakukan kepada si ibu?
mencaci,melawan & mengherdik si ibu...bayangkan lah betapa sedihnya ibu kita...
Ingatkah kamu wahai anak-anak sekalian?ingatkah kamu semasa kamu kecil,semasa kamu tidak berdaya untuk berdiri....siapa yang mendukung kamu untuk bergerak ke mana-mana?siapa yang berpenat lelah untuk mengajar kamu untuk berdiri,berjalan dan berlari?
Ibu bapa kamu!
Jika ada nyamuk ingin menghisap darah kamu...siapa orang yang paling marah dan sentiasa melindungi diri kamu daripada di ganggu oleh nyamuk-nyamuk tersebut?
Ibu bapa kamu!
kesimpulannya,mereka tidak mahu anak mereka berada dalam kesakitan..mereka akan melindungi kamu semampu yang boleh...tapi,bila kamu sudah besar panjang.....kamu berebut-rebut untuk menyakitkan hati ibu bapa kamu....dengan senang lenang kamu memahat paku pada hati ibu bapa kamu yang menjadikan hati ibu bapa kamu terus terluka...inikah balasan yang kamu mampu mereka setelah mereka berpenat lelah?
jika kamu jawap (YA...)maka neraka lah tempat kamu di akhirat kelak...susahlah hidup kamu kerana tidak mendapat keberkatan dan bersedia lah kamu untuk diperlakukan seperti binatang oleh anak-anak kamu seperti mana kamu memperlakukan ibu bapa kamu seperti binatang....

Monday, April 5, 2010

Siapa Aku Di Depan Tuhanku?

SUBUHNYA...
Dimana ku berada,
Masih enak di dalam kelambu rindu,
Sambil berfoya-foya dgn waktu,
Masa bagaikan menderu,
Langkah tiada arah tuju,
Fikiran terus bercelaru,
Terlupa ku semakin dihujung waktu,
Siapa aku didepan TUHANKU?

ZOHORNYA...
Aku lebih memikirkan kelaparan, kehausan dan rehatku,
Aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku,
Aku bertolak ansur dengan waktu,
Aku terlupa betapa besar kerugian,
Jika kumenggadaikan sebuah ketaatan,
Siapa aku didepan TUHANKU?

ASARNYA...
Aku lupa warna masa,
Cepat berubah bagaikan ditolak-tolak,
Aku masih dengan secawan kopi,
Terlalu panas tak dihujung kepala,
Aku masih bercerita,
Tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka,
Siapa aku di depan TUHANKU?

MAGHRIBNYA...
Aku melihat warna malam,
Tapi aku masih berlegar disebalik tabirnya,
Mencari sisa-sisa keseronokan,
Tidak terasa ruang masa yang singkat,
Jalan yang bertingkat-tingkat,
Siapa aku di depan TUHANKU?

ISYA'NYA...
Kerana masanya yang panjang,
Aku membiarkan penat menghimpit dadaku,
Aku membiarkan kelesuan mengganguku,
Aku rela terlena sambil menarik selimut biru,
Bercumbu-cumbu dengan waktuku,
Siapa aku di depan TUHANKU?

Kini aku menjadi tertanya-tanya,
Sampai bila ku melambatkan sujudku,
Apabila azan berkumandang lagi,
Aku tidak akan membiarkan Masjid sepi,
Kerana dihujung hidup ada mati,
Bagaimana jenazah dibawa solat disini,
Jika ruangku dibiar kosong,
Jika wajahku menjadi asing,
Pada mentari dan bintang-bintang...

APA ERTI KU MENUNTUT ILMU


Kekadang kita mengeluh mengapa kita perlu belajar tinggi-tinggi,
Kita hanya belajar untuk peperiksaan yang bakal tiba,
Kita hanya belajar untuk memuaskan hati ibu bapa,
Kita hanya belajar untuk dipandang tinggi oleh masyarakat,
Satu pertanyaan diajukan oleh golongan wanita,
Katanya buat apa belajar tinggi-tinggi, lepas kahwin jadi surirumah juga,
Namun ada yang kata dunia hari ini berbeza, lelaki & wanita sama saja,
Bila berumahtangga apa susah, masing-masing urus kerjaya sendiri,
Bila datang cahaya mata, masing-masing tak nak mengalah, kerjaya masing-masing dipertahankan, anak yang dianugerahkan dianggap musibah,
Akhirnya dengan sifat penyayang si ibu pasti mengalah,
Akhirnya sama saja wanita tetap jadi surirumah,
Sedikit portion adalah sebaliknya, lelaki yang jadi surirumah,
Tapi hakikatnya tetap wanita majoritinya,

Ada satu kata-kata Ibu yang bijak mengajar anak daranya,


"Jangan anggap wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi,
walau kebanyakan akan jadi surirumah,
tapi ingatlah anakku, ia pasti berbeza cara dan kualiti,
seorang ibu yang tinggi pelajaranya dengan yang sebaliknya,
yang mana akan melahirkan insan yang berguna?"

Bagi lelaki pula jangan gembira, jangan menyangka wanita belajar nampak tiada gunanya,
Bagaimana dengan diri anda, mengapa wanita selalu lebih banyak,
Terutama di peringkat IPT, ada yang kata dunia nak kiamat,
Ada yang kata lelaki
is more to practical, not theoratical,
Itu pasal habis SPM kami terus masuk bekerja,
Tidak payah nak belajar tinggi-tinggi, buang duit bayar yuran pengajian,
kalau bekerja dapat sebaliknya, dapat kumpul duit itu yang utama,
diri pun nampak matang, kerana sudah bekerjaya,

Tidakkah dirimu nampak kurang matang,

kerana pemikiranmu tersangkut hanya sampai di masa itu,
tidakkah kau lihat masa hadapan, perluaskan minda melihat semuanya,
mana yang nampak mulia, fikirkan dengan minda yang berwawasan,
orang berilmu, belajar tinggi-tinggi, terutama jika ilmu yang diredhai,
bukan semua ilmu dipelajari dapat redha yang Maha Mengetahui,

Satu persoalan yang sering bermain di fikiran,
Bagaimana nak belajar kerana Allah, untuk mendapat redhanya,
InsyaAllah inilah jawapannya.

Untuk mengetahui ilmumu bermanfaat atau tidak, cukuplah kau lihat bekasnya,

Jika dengan itu kau semakin takut kepada Allah
dan semakin baik ibadahmu kepada-Nya,
maka itulah tanda ilmumu benar-benar bermanfaat.
Jika sebaliknya maka berhati-hatilah.

Ini semua bermain dengan niat, satu benda yang sukar dijaga,

Pengikhlasan niat hanya pada-Nya,
Atleast 5 kali ikrar diulang setiap hari,
semuanya hanya untuk Allah Azza Wa Jalla,

"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku,
hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."

dimana kita selama ini, ilmu apa yang kita tuntut,
jangan ingat hanya ilmu agama sahaja yang nampak diredhai,

Jangan kita berfikiran sempit,
mentakrifkan ilmu agama sahaja yang akan diredhai,
tidakkah kau mengetahui, ilmu lain nampak dibayangi,
seperti sains dan astronomi,
tidakkah itu cara untuk mendekati kepada Illahi,
ilmu lain boleh didasarkan pada niat yang hakiki,
menambah ilmu untuk menjadi seorang pengabdi,
kepada Tuhan Rabbul 'Izzati.