- Welcome To My Blog -

. hope your enjoy with my blog .

Saturday, April 14, 2012

LELAKI HANYA INGIN PEREMPUAN MENGERTI HATINYA.


Perempuan mengertilah
Apabila seorang lelaki jatuh cinta, sesibuk mana lelaki itu, walau  dia sedang melakukan sesuatu kerja, walau sepenat mana dia dan walau selemah mana dia. Dia sentiasa memikirkan orang yang dia cinta.

Perempuan mengertilah
Setegap mana bahu seorang lelaki, air matanya akan mengalir apabila melihat orang yang penting dalam hidupnya berada dalam kesedihan, itu bukan bermakna dia lemah tetapi didalam sudut hatinya yang keras ada nilai kelembutan.

Perempuan mengertilah
Cinta banyak mengubah lelaki untuk jadi lebih baik. Setiap apa yang lelaki itu lakukan semua untuk orang yang dicintainya. Lelaki berubah untuk orang yang dia cinta dan demi hubungan mereka.

Perempuan mengertilah
Lelaki cuba untuk jadi yang terbaik di mata orang yang dia sayang. Dia ingin jadi seperti yang pasangan dia mahukan agar dia dapat melihat senyuman orang yang dia cinta. Kerana senyuman orang yang dia cinta cukup untuk membuat lelaki itu gembira.

Perempuan mengertilah
Apabila lelaki itu menegur, bukan niat untuk membebel tapi untuk kebaikan dan keselamatan orang yang dia sayang. Lelaki ingin melihat orang yang dia sayang berada dalam keadaan selamat  agar dapat melihat senyuman orang yang disayanginya setiap hari.
Perempuan mengertilah
Lelaki cemburu adalah kerana dia tidak ingin kehilangan orang yang dia sayang. Cemburu sebenarnya tanda lelaki itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap saat.
Perempuan mengertilah
Lelaki selalu melakukan perkara yang yang tidak disukai oleh pasangannya. Ini kerana lelaki mahukan perhatian daripada orang yang dia sayang. Lelaki mahu bermanja dan inginkan orang yang dia saying melayannya lebih daripada kanak – kanak kecil. Kalau boleh, lelaki inginkan perhatian orang yang dia sayang setiap saat, setiap minit, setiap jam.
Perempuan mengertilah
Apabila seorang lelaki menyatakan bahawa dia sayang kamu setiap masa janganlah kamu rimas. Ini kerana, dia ingin kamu benar–benar faham bahawa dia sayang akan kamu dan tidak ingin kehilangan kamu.





CREATED BY :122020211 :)

No comments:

Post a Comment