- Welcome To My Blog -

. hope your enjoy with my blog .

Sunday, April 29, 2012

SAMBUNGAN FORM6 OR IPTA

assalamualaikum pembaca yang budiman sekalian :) kalau pembaca pembaca sekalian melihat post saya yang lepas adalah berkaitan FORM6/IPTA? .Telah saya lalui fasa kekeliruan selama beberapa hari untuk menentukan saluran mana yang terbaik untuk saya menyertainya.untuk mendapatkan jawapan yang berkualiti dan yang berbaloi saya terus berfikir,berfikir dan berfikir sebaik mungkin dengan minda yang tenang ,hati yang terbuka..dan akhirnya alhamdulillah saya diberi petunjuk oleh YANG MAHA ESA .tiba tiba saya terserempak dengan sebuah blog yang bagi saya amat menarik perhatian di website GOOGLE.blog tersebut bernama *realiti faiz ibrahim*saya pasti saudari/saudara yang sudi membaca post ini akan terus tahu siapa pemilik blog ini.sudah terang lagi bersuluh pemiliknya ialah FAIZ IBRAHIM :) dia bukan seorang artis,dia bukan seorang seniman,dia bukan seorang yang sudah memiliki phD .tetapi kini dia seorang mahasiswa di UM(UNIVERSITI MALAYA).bagi yang sudah tahu mengenai beliau,sila abaikan ye post saya yang ini..sebab anda akan membazirkan masa anda sahaja, haha.berkaitan dengan blog saudara FAIZ IBRAHIM ni,sebenarnye saya tertarik tentang penyusunan jalan ceritanya di blog beliau.boleh dikatakan pengalaman form6 dia akan kongsikan kepada pembaca blog beliau.segala kata2 hikmah ,segala kata2 motivasi ,dan segala kata2 semangat untuk pelajar form6 /bakal form6 telah leraikan dan semadikan di blog beliau..sejujurnya semangat saya yang sedang keliruhendak masuk ke FORM6/IPTA tibe2 bertukar menjadi yakin untuk menjadikan form6 sebagai platform saya menuju kejayaan .beliau juga telah menulis post di blognya mengenai kebaikan2 form6 & mengapa org sering MENCACI,MENGHERDIK & MENGHINA pelajar2 form6 ini .dan jawapannya dpt dirungkai.dan ternyata MAJORITI manusia di Malaysia ini hanya memikirkan ke-GLAMOURAN,TAKUT  UNTUK MENEMPUH KESUSAHAN,SUKA MENDENGAR CERITA MANUSIA LAIN SEBELUM MEREKA BERUSAHA TERLEBIH DAHULU dan TIDAK SANGGUP MEMAKAI PAKAIAN SEKOLAH KEMBALI selepas sudah beberape bln berenak enak tidak menyentuh baju sekolah . hey cammon lah guys,x rock lgsung korang ni..tak nak try dh buat conclusion..cube lah berusaha dahulu kemudian berserah..insyaallah segala urusan menjadi mudah.TAPI INI MAJORITI ..BUKAN SEMUA berfikiran sedemikian.
Aku juga tertarik dengan blog beliau kerana  dari situlah saya mula lihat dan akui betapa berkatnya seorang anak yg mentaati/menturuti kehendak ibu bapa nya wahai pembaca sekalian..from my observation is, beliau seorang yang amat menyayangi dan mengambil berat mengenai ibu bapanya..bayangkan saudara /saudari sekalian,sehingga hendak menjawap setiap peperiksaan beliau akan ,sebelum menyelak kertas soalan beliau akan berniat didalam hati*saja aku jawap peperiksaan ini untuk bahagiakan&gembirakan ibu bapa aku* lihat kwn2..kalau kita ni selalu niat ape ye mse nk jwp exam?CONFIRM!SUDAH TENTU! *saja aku jawap peperiksaan ini utk menjadi org yg berjaya* *saja aku menjawap peperiksaan aku ni utk melepaskan beban yg aku pikul slame ni sbb kena belajar* atau mungkin ada yang langsung tidak berniat apa2,langsung tiada matlamat,& motif untuk menjawap sesebuah peperiksaan itu..hadirkan diri dalam peperiksaan mungkin untuk bersuka ria nk jumpa gf/bf sahaje rasenye.guys~serius terharu bila bce siap niat die tu nak jawap exam utk ibu bapa..dh ler dia lelaki..ramai lelaki skrg tidak berfikir seperti dia kut.and aku rasa salah satu FAKTOR hidup dia berjaya sbb tu lah kut.so aku akan cuba berbuat sesuatu demi ibu bapa yang tercinta dahulu .:))  KORANG NAK LINK BLOG DIA TAK?! HAH APA GELENG2?TAKNAK PON AKU NAK BAGI GAK!:D *padan muka korang kena paksa haha*http://realiti-ice.blogspot.com/ sila lah baca ya :)..assalamualaikum :')

*AKU CONFIRM MASUK FORM6 @ SMK SRI SKUDAI :) sesiapa yang sama tu silalah lelambai aku nanti ye haha oke bubye ;)* WILL BE CONTINUE........

Saturday, April 28, 2012

FORM6 / IPTA ?

HEY!WHATS UP DUDE2 AND JANDE2? hahah mcm apa je aku ni :P oke sekarang ni aku tengah buntu ni...hah hah , buntu pasal apa tu cik dah oii? :o buntu pasal CINTA? pasal BOYPREN? pasal RUMAH TANGGA? OHOIIIII~~*nada m.daud kilau* bukan pasal tu semua lah ><" aku tak do masa nak berpikir pasal tu ye awok awok sekalian...this time to think about my future! cewah speaking mak ,nyah..itu ler pentingnya english education right?;) hahah..oke lah sebenarnye aku tgh memikirkan mahu masuk saje kat form 6 ke atau perlu masuk ke universiti hah? form 6 dh dlm genggaman sbb dh check dapat ke tak and alhamdulillah aku dapat..tapi universiti tk sure lgi lah aku dapat ke tak ..haish kusut ler mak memikirkan nye nyah :( nak pikir form6 susah mmg smue bnde tk de yg sng dlm dunia ni kan?lgipon sistem dh bertukar kan mcm mudah sikit ler kut..brr brr brr HAH! bdk yang amek diploma yg dlunye mcm x berpihak kepada form6 pon akhirnya mengakui yg form6 lbih baik..x percaya?sila rujuk entry ini  http://www.omar.my/2011/03/ipt-diploma-pra-universiti-atau-tingkatan-6/ dh bce pepanjang tu tgk kat bwh entry ..ada tulis *nota ringkas (situasi sebenar)*...takot pilih form6 plk mcm org yg x berpikiran terbuka pandang rendah plk = ="urghh...lgi 1 aku takot ada MUET~! :< bi aku mcm taik ler :( tp tu pon x leh jadikan alasan utk tidak msuk ke tingkatan 6 sebab kat universiti pon akan ada MUET right? so skrg ni mcm aku nk msuk form6 lah hmm hmm...cume cume parents and abg mcm lebih memberatkan universiti :o enthlah tnggu jelah ape yg akan aku pilih ye sahabat-sahabat handai sekalian..keputusannya akan aku postkan di blog aku ni ye ye ye?oke  nk cau~~bubye dan assalamualaikum :)

Saturday, April 14, 2012

FADILAT ZIKIR

Abu Hurairah r.a memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda,ALLAH s.w.t berfirman:Sesungguhnya,Aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hambaku,adalah Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku,jika dia mengingat aku di dalam hatinya, maka Aku mengingati dia dalam hatiKu, dan jika dia mengingati aku dalam jemaah maka Aku ingati dia dalam jemaah yang lebih baik ( iaitu dalam jemaah para malaikat yang maksum dan suci dari segala dosa).Apabila hambaku mendekatiku sejengkal,maka aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta Aku dekati dia sedepa.Dan apabila dia datang mendekati akudengan berjalan,maka Aku dekati dia dengan berlari.
Hadith ini mengandungi berbagai-bagai keterangan.ALLAh berfirman:"Aku bertindak terhadap hambaKu sebagaimana yang disangkakan olehnya." maksudnya hendaklah senantiasa mengharapkan kurnia dan rahmat dari ALLAH s.w.t. Janganlah sekali-kali berputus harap dari rahmatNya.Walaupun kita berdosa dan telah melampaui batas yang kita percaya bahawa segala dosa dan kesalahan kita itu pasti akan dibalas namun janganlah sekali-kali berputus harap dari rahmat ALLAH s.w.t. Kemungkinan besar ALLAh s.w.t mengampuni dosa kita semata-mata dengan rahmat kurniaNya.

ANTARA 2 PILIHAN


dalam kehidupan..kita sentiasa akan ada 2 pilihan ... 1 adalah jalan kebenaran...jalan kebenaran memberikan ketenangan yang hakiki ...dan 1 lagi jalan kemungkaran..dan kemungkaran itu terdiri daripada pelbagai bentuk...,kata kata atau perbuatan...nampak simple sahaja,saya percaya jika dipersoalkan kepade anda mahu pilih jalan yang mana? sudah pasti anda akan menjwap "sudah tentu saya akan pilih jalan kebenaran!" "saya nak jadik org baik!mesti lah saya pilih jalan kebenaran!* dan pelbagai lagi respon yang anda akan beri kepada saya.

saudara &; saudari yg dihormati,sedarkah anda pilihan hidup ini tidak semudah yang anda bayangkan..tatkala kita ingin melakukan kebaikan ,tatkala itu jugalah syaitan tidak henti henti membisikkan hasutan supaya kita berbuat kemungkaran..semakin lame akan semakin banyak titik hitam yang ada di hati kita....apabila kita terleka,sedar sedar sahaje kite berada dijalan kemungkaran ...jika kita sorang sahaja yang berada dijalan itu,kita masih boleh memohon ampun kepada YANG MAHA BERKUASA ..tetapi apabila kemungkaran kita melibatkan seorang lagi insan seumur hidup akan kamu menanggung rase bersalah kepada insan tersebut .tambahan pula jika insan yang kita bawa ke jalan kemungkaran itu menyalahkan kita atas apa yang terjadi,.mmg bkn salah die sebenarnye utk mempersalahkan kita....sepatutnye seorang insan membimbing
saudari/saudara  nye ke jalan kebenaran..tetapi sebaliknye yang berlaku pada hari ini..
wahai sedare saudari sekalian,jangan lah biarkan ini terjadi kepada kamu..ubatilah hati kamu sebelum ia semakin parah...mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati..
ini bukan sekadar coretan biasa ...coretan ini  utk menyedarkan saudari/saudara dan coretan ini juga  utk memberikan kesedaran kepada diri saya sendiri ..

utk org yang sgt penting dlm idup saya:----&maafkan lah saye...maafkan lah saye  :( saye sedar kesilapan saye ...hmm

LELAKI HANYA INGIN PEREMPUAN MENGERTI HATINYA.


Perempuan mengertilah
Apabila seorang lelaki jatuh cinta, sesibuk mana lelaki itu, walau  dia sedang melakukan sesuatu kerja, walau sepenat mana dia dan walau selemah mana dia. Dia sentiasa memikirkan orang yang dia cinta.

Perempuan mengertilah
Setegap mana bahu seorang lelaki, air matanya akan mengalir apabila melihat orang yang penting dalam hidupnya berada dalam kesedihan, itu bukan bermakna dia lemah tetapi didalam sudut hatinya yang keras ada nilai kelembutan.

Perempuan mengertilah
Cinta banyak mengubah lelaki untuk jadi lebih baik. Setiap apa yang lelaki itu lakukan semua untuk orang yang dicintainya. Lelaki berubah untuk orang yang dia cinta dan demi hubungan mereka.

Perempuan mengertilah
Lelaki cuba untuk jadi yang terbaik di mata orang yang dia sayang. Dia ingin jadi seperti yang pasangan dia mahukan agar dia dapat melihat senyuman orang yang dia cinta. Kerana senyuman orang yang dia cinta cukup untuk membuat lelaki itu gembira.

Perempuan mengertilah
Apabila lelaki itu menegur, bukan niat untuk membebel tapi untuk kebaikan dan keselamatan orang yang dia sayang. Lelaki ingin melihat orang yang dia sayang berada dalam keadaan selamat  agar dapat melihat senyuman orang yang disayanginya setiap hari.
Perempuan mengertilah
Lelaki cemburu adalah kerana dia tidak ingin kehilangan orang yang dia sayang. Cemburu sebenarnya tanda lelaki itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap saat.
Perempuan mengertilah
Lelaki selalu melakukan perkara yang yang tidak disukai oleh pasangannya. Ini kerana lelaki mahukan perhatian daripada orang yang dia sayang. Lelaki mahu bermanja dan inginkan orang yang dia saying melayannya lebih daripada kanak – kanak kecil. Kalau boleh, lelaki inginkan perhatian orang yang dia sayang setiap saat, setiap minit, setiap jam.
Perempuan mengertilah
Apabila seorang lelaki menyatakan bahawa dia sayang kamu setiap masa janganlah kamu rimas. Ini kerana, dia ingin kamu benar–benar faham bahawa dia sayang akan kamu dan tidak ingin kehilangan kamu.





CREATED BY :122020211 :)

MAHKAMAH HATI

Bukankah kita sering diperingatkan, berani kerana benar, takut kerana salah? ‘Benar’ itu sejak dari dulu lagi telah menjadi sumber keberanian. Manakala, ‘salah’ itu adalah punca ketakutan. Jangan dibiarkan hidup dalam ketakutan, akibat terus menerus melakukan kesalahan. Perlakuan yang salah akan menimbulkan perasaan bersalah. Rasa bersalah itu sangat menyeksakan selagi ianya tidak ditebus dengan kemaafan dan taubat. Rasa bersalah terhadap manusia amat meresahkan, apatah lagi rasa bersalah kepada Allah.
Mahkamah pengadilan itu ada tiga. Pertama, mahkamah di dunia, yang mana saksi, pendakwa dan hakimnya adalah manusia seperti kita. Kekadang, dengan kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia ini dapat diperdayakan. Telah sering kali yang bersalah terlepas, sebaliknya yang benar pula terhukum. Justeru, masyhurlah kata hukama, tidak ada keadilan yang muktamad dan mutlak di dunia ini.
Kedua, mahkamah di akhirat, yang hakimnya adalah Allah yang Maha Adil. Di sana nanti, yang benar akan terserlah, yang salah pasti kalah. Akan terbongkar segalanya walau bagaimana pandai sekalipun bersilat kata. Tidak perlu didatangkan saksi atau pun barang bukti kerana apa yang ada pada diri akan ‘hidup’ untuk memberi persaksian. Kulit, tangan, kaki dan segala anggota akan berkata-kata mendakwa kita di mahsyar nanti. Di sana nanti akan tertegak keadilan yang hakiki.
Ketiga ialah mahkamah hati. Saksi, pendakwa dan hakimnya adalah hati sendiri. Hati kecil yang sentiasa bersuara walau cuba dipendamkan oleh tuannya. Protesnya terhadap perlakuan dosa sentiasa bergema dalam rahsia. Fitrahnya akan menjerit. Itulah jeritan batin yang mampu menghantar pemiliknya ke penjara jiwa yang menyakitkan.
Dosa mungkin boleh disembunyikan daripada pengetahuan manusia lain, tetapi ianya tidak akan mampu disembunyikan daripada Allah dan hati sendiri. Jadi, ke mana lagi kita ingin menyembunyikan diri ketika dipanggil untuk dibicarakan di mahkamah hati? Setiap masa, setiap ketika dan di setiap suasana hati kecil akan bersuara, tidak tega dengan kesalahan, tidak rela dengan kemungkaran.
Dosa itu derita. Kerana yang salah dan dosa itu sangat memberi kesan kepada jiwa. Bila kita berdosa hakikatnya kita melakukan dua ‘perlanggaran’. Pertama, perlanggaran ke atas fitrah hati yang tabii. Kedua, ‘perlanggaran’ terhadap Allah, zat yang Maha Tinggi. Dua perlanggaran ini sudah cukup untuk meragut ketenangan jiwa.
Jangan dilawan fitrah sendiri yang menyukai kebaikan dan membenci kejahatan. Fitrah ini adalah kurniaan Allah, yang dengannya seseorang boleh menerima pengajaran dan didikan. Jika fitrah sukakan kebaikan itu disubur, dididik dan dipimpin, maka jalan hidup akan harmoni dan bahagia. Sebaliknya, jika fitrah yang baik itu dibiarkan dan diabaikan apatah lagi jika ditentang, maka tidak akan ada lagi kebahagiaan dan ketenangan. Jadi, berhati-hati menjaga hati, agar hati tidak mati.
Rasulullah s.a.w. pernah ditanyakan berkenaan dosa? Baginda menjawab: “Dosa adalah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya.”
Dosa itu adalah racun. Bahananya akan merosak secara perlahan atau mendadak. Justeru, seringlah bersidang di mahkamah hati. Selalulah bertanyakan hati kecil sendiri. Hati itu tidak akan berdusta selagi ianya tidak mati.
Assalamualaikum ...dah lame tk update blog ...bersawang dah :o aiyoyoyo...jap jap,nak kebas jap blog ni habuk bukan main lagi tebalnye habuk :o hahah... emm emm entry kali ni nak tulis pasal ape eh ? ><" (muka berfikir) emmm okelah pasal aku nak menyatekan cite cite seseorang itu sentiase berubah ubah dari masa ke semasa...hah hah tak yah nak berkerut sgt bile bace ye...:) korang pon mesti ada pelbagai contoh dalam fikiran korang kan...oke lah aku nak senaraikan  contoh aku sendiri :) antare contohnye :-


1) dulu kecik kecik aku nak jadik lawyer ;) memang itulah yang aku hajatkan ...

2)darjah 1-6 bila dah sekolah rendah aku masih nak jadik lawyer :)

3)tingkatan 1-3 cita cita aku berubah ingin menjadi seorang pengajar agama iaitu ustazah .ini disebabkan result skolah agama aku yang selalu excellent ..alhamdulillah...

4) bila aku rase cannot go dgn cite cite aku yang pertama dan yg kedua (sebab bi aku broken & aku tak amek darjah khas skolah agama disebabkan kesulitan utk membahagikan masa yg aku hadapi masa skolah menengah)so bila dah form 4-5 aku nak  melibatkan diri dgn sektor pertanian ,perladangan ataupun sebagainye asalkan melibatkan tumbuh tumbuhank jadik seorang yang (oke cite cite ni tak tahu kenapa boleh dtg..><" mcm pelik je kan cite cite yg ni sbb korang mesti nak jadik engineer,dokter or lawyer tpi aku carik bidang yg kuno bagi korang haha :p )

5)AND NOWW~~i'm 18 :D masih mengekalkan cita cita yang  kuno bagi korang tu....and and and...for ur information ,aku jgk bercite cite nak ada ladang sendiri ,atau sekurang kurangnye kebun :) hahah...


hah...itu lah yg aku maksudkan cita cita kita sentiasa berubah mengikut keadaan semasa ;) TAPI INGAT! bila kita dh tk mampu nak tunaikan cite cite kita tu jgn memilih sangat plk nak carik kerje atau bidang  pembelajaran...sambut je apa peluang yang ada dgn hati yang terbuka! :D TAK KENAL MAKA TAK CINTA jadik kte harus cuba utk mencintai sesuatu benda bila sudah ada depan kita :)

sekian terima kasih,

CIK DAH
(tukang karut anda*haha*)